PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lalu menolak tuntutan seorang wanita berhubung pembuangan kerja secara tidak sah terhadap sebuah agensi pekerjaan, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Perusahaan sebelum ini.
Dalam penghakimannya, Hakim Alice Loke memutuskan syarikat terbabit, Great Pyramid Sdn Bhd bukan majikan Chin Siang Tean dan oleh itu, tidak mempunyai kuasa untuk memberhentikannya.
Hakim berkata, majikan sebenar Chin ialah GenScript Biotech Pte Ltd, sebuah syarikat berpangkalan di Singapura.
Loke, yang kini bersidang di Mahkamah Rayuan, berkata tiada alasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Perusahaan. Beliau memerintahkan Chin membayar kos RM5,000 kepada Great Pyramid.






