mhafis@mediaprima.com.my
Mata merah, berair dan terasa gatal mungkin dianggap masalah kecil yang akan pulih dengan sendiri, namun jangan terlalu cepat membuat kesimpulan.
Lebih-lebih lagi jika mata turut mengeluarkan discaj berwarna kekuningan atau kehijauan, terasa pedih, silau terhadap cahaya, bengkak atau penglihatan mula terganggu.
Keadaan itu mungkin petanda bukan konjunktivitis biasa iaitu keradangan pada konjunktiva, lapisan tisu lut sinar yang mempunyai saluran darah mata serta bahagian dalam kelopak mata.
Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Prof Madya Dr Muhammad Mohd Isa berkata, konjunktiva terbahagi kepada dua bahagian iaitu bulbar conjunctiva dan palpebral conjunctiva.








