lizamridzuan@hmetro.com.my
Selepas 24 tahun dan lebih 536,000 unit terjual di Malaysia, Honda City meneruskan legasinya menerusi model baharu yang diperkenalkan baru-baru ini.
Honda Malaysia memperkenalkan Honda City baharu dengan penampilan lebih segar selain beberapa peningkatan daripada segi teknologi, keselamatan dan keselesaan untuk memenuhi keperluan pengguna dalam segmen sedan.
Dari luaran, City baharu menerima reka bentuk hadapan yang diperbaharui menerusi gril baharu dan lampu utama Bi-LED, manakala varian RS tampil dengan elemen Long Light Bar Headlights yang memberikan imej lebih sporty.
Bahagian belakang turut diberikan sentuhan baharu menerusi reka bentuk bampar yang dikemas kini manakala varian RS menerima rim aloi 16 inci dwitona.








