Rijeka, Croatia: Thomas Tuchel memuji persembahan mantap England selepas skuad kendaliannya membelasah Croatia 7-0 pada aksi Liga Negara-Negara Eropah, awal pagi tadi.

England berpesta gol di Rijeka menerusi dua jaringan Harry Kane dan Bukayo Saka, manakala Jude Bellingham turut menjaringkan gol selain menyumbang tiga bantuan jaringan.

Anthony Gordon dan Morgan Rogers turut meletakkan nama sebagai penjaring untuk melengkapkan kemenangan terbesar Tuchel sejak mengambil alih pasukan kebangsaan England.

"Itu persembahan selama 90 minit pada tahap tertinggi daripada semua pemain. Dari minit pertama hingga terakhir, pemain yang bermula dan yang masuk dari bangku simpanan memberikan tahap tertinggi.

"Bermain di tempat lawan, ia sangat mengagumkan. Kami mencipta begitu banyak peluang. Dalam tempoh 40 minit pertama, kami begitu lancar sejak awal permainan.