Backa Topola, Serbia: Sidang media Republik Ireland pada Sabtu menjelang aksi kedua Liga Negara-Negara Eropah menentang Israel di Serbia berakhir lebih awal selepas ketua jurulatih, Heimir Hallgrimsson diasak soalan daripada wartawan Israel.
Ireland menewaskan Israel 3-0 di Hungary Rabu lalu dalam perlawanan pertama selepas persiapan yang penuh ketegangan apabila pemain Ireland mengundi untuk meneruskan perlawanan walaupun terdapat kebimbangan dalam pasukan berhubung perang di Gaza.
Dalam perlawanan itu, pemain Ireland memakai lilitan lengan dan menundukkan kepala ketika lagu kebangsaan Israel dimainkan. Tiada acara bersalaman antara kapten kedua-dua pasukan sebelum sepak mula.
Aksi timbal balik akan berlangsung awal pagi esok di Backa Topola selepas Persatuan Bola Sepak Ireland (FAI) enggan menjadi tuan rumah atas faktor keselamatan.








