KOLKATA: Pengendali Brazil, Carlo Ancelotti berpuas hati dengan prestasi pemainnya dalam siri jelajah pertama sejak tersingkir pada pusingan 16 terakhir Piala Dunia Julai lalu, yang berakhir dengan kemenangan 4-0 ke atas India semalam selepas dua perlawanan menentang Australia.

Ancelotti melakukan banyak pertukaran pemain sepanjang tiga perlawanan persahabatan itu dengan semua 26 pemain dalam skuadnya diberikan peluang beraksi. Hanya Vinicius Jr dan Danilo diturunkan dalam kesemua tiga perlawanan, manakala lapan pemain membuat penampilan sulung bersama pasukan kebangsaan.

Hampir dua pertiga anggota skuad Brazil pada Piala Dunia tidak menyertai jelajah itu ketika Ancelotti memulakan usaha membentuk generasi baharu pasukan kebangsaan.