syafil.syazwan@hmetro.com.my

HANYA seminggu selepas diraikan dalam satu perjumpaan penuh gembira, insan kesayangan negara, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali kini dilepaskan pergi dengan linangan air mata dan doa yang tidak putus-putus.

Suasana pilu menyelubungi Musollah Aisya, Kuala Lumpur, apabila sekitar 100 tetamu termasuk rakan artis menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil anjuran adik-beradik selebriti, Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida bagi mengenang jasa serta mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham.

Erma ketika ditemui menyifatkan pertemuan terakhir minggu lalu pada acara Seniman Semeja bersama arwah ibarat satu anugerah paling bernilai buat penggiat seni sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.