KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar notis dan perintah penggantungan semua kegiatan gabungan itu seperti yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, permohonan itu difailkan pada 10.14 pagi, Isnin, dengan lima setiausaha agung parti anggota gabungan dinamakan sebagai pemohon.Menurutnya, mereka terdiri daripada beliau yang juga Setiausaha Agung Pas; Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen; Setiausaha Agung Malaysian Indian People’s Party (MIPP), Sathes Kumar; Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Saifuddin Abdullah serta Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Sazmi Miah."Respondennya adalah dua iaitu Ketua Pengarah RoS, Datuk Muhammad Zulfiqar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail."Ini adalah permohonan semakan kehakiman yang dimasukkan oleh lima setiausaha agung parti anggota PN," katanya dalam sidang media pada Isnin.RoS pada 24 September lalu mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN berkuat kuasa 23 September dengan tindakan itu diambil di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 susulan notis yang dikeluarkan kepada PN pada 22 September 2026.RoS menjelaskan, notis berkenaan bertujuan mendapatkan penjelasan daripada PN berhubung aduan yang dikemukakan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Dalam pada itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menjelaskan, antara relief yang dipohon adalah perintah certiorari bagi membatalkan notis yang dikeluarkan RoS pada 22 September di bawah Seksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966.Menurutnya, notis berkenaan meminta PN memberikan penjelasan kepada RoS berhubung cadangan pembatalan pendaftaran gabungan itu.Selain itu, PN turut memohon deklarasi berhubung perintah di bawah Seksyen 13(2)A yang menggantung semua kegiatan gabungan tersebut."Untuk ini kami meminta perintah mahkamah supaya notis ini dibatalkan, begitu juga dengan order di bawah 13(2) A, iaitu satu order untuk menggantung semua aktiviti parti PN," jelasnya.Takiyuddin berkata, PN sebelum ini melalui peguam gabungan itu telah menghantar surat kepada RoS pada 24 September bagi mendapatkan tarikh pertemuan dengan Ketua Pengarah jabatan itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara berkenaan.Menurutnya, PN sekali lagi menghantar surat pada 28 September bagi mendapatkan penjelasan mengenai status gabungan itu termasuk hak dan kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya."Kami juga ingin tahu sama ada PN mempunyai hak dan kelayakan untuk mengemukakan calon dan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan datang," ujarnya.
PN kemuka saman cabar penggantungan RoS

Key takeaways
Perikatan Nasional (PN) has filed a judicial review application in the High Court in Kuala Lumpur to challenge the suspension of all its activities by the Registrar of Societies (RoS).
- PN filed a judicial review application on Monday
- The application was filed by five party secretaries-general
- The respondents are the RoS director-general and the Minister of Home Affairs
- The suspension was issued on September 24 under Section 13(2A) of the Societies Act 1966
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Penggantungan PN: Peluang kukuhkan hubungan PAS-UMNO
- Harian Metro Penggantungan PN: Peluang kukuhkan hubungan PAS-UMNO
- Sinar Harian PN kemuka saman cabar penggantungan RoS (this story)
- Utusan Malaysia PN fail semakan kehakiman, cabar tindakan RoS








