BUKIT MERTAJAM: "Cari pekerjaan yang lebih baik untuk menyara keluarga daripada menyimbah cat mereka ke atas harta benda orang lain."
Ini nasihat Majistret Sharifah Razali kepada tertuduh, Tan Ting Sheng, 24, sebelum menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan khianat dengan menyimbah cat merah, bulan lalu.
Terdahulu, Ting Sheng turut mengaku bersalah atas kesalahan sama di hadapan Majistret Roshayati Radellah dan didenda RM4,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.








/file/attachments/orphans/AnnessaTan1_502210.jpg)
