IPOH – Ibu tunggal kepada tiga anak berharap keadilan terhadap dua anak lelakinya yang didakwa telah dibuli di sebuah sekolah menengah agama di Chemor di sini dalam dua kejadian berasingan pada Julai dan Ogos lalu.
Menurut Noor Azwani Ahamad , 43, dia telah membuat dua laporan polis berkenaan dakwaan kejadian buli tersebut serta berharap tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat sekiranya bersalah.
“Anak lelaki saya yang berumur 18 tahun yang berada di sebuah bilik di sekolah berkenaan telah ditampar sebanyak enam kali dibahagian pipi oleh seorang guru.
“Seterusnya, guru itu menarik kolar bajunya dan mengenggam penumbuk dengan ugutan untuk menumbuknya,” katanya pada sidang akhbar di Tanjung Rambutan di sini hari ini.








