PETALING JAYA – Pengguna tempat letak kereta di Stesen MRT Maluri mendakwa ada pihak yang mengutip bayaran parkir sedangkan mereka dikatakan tidak mempunyai kuasa untuk melakukan kerja tersebut.

Menerusi video tular di media sosial dimuat naik pengguna Thread Hnnalily, dia menuntut penjelasan daripada seorang individu yang menjaga parkir di kawasan itu serta menunjukkan QR kod bagi pembayaran parkir.

Bagaimanapun, QR kod itu tertera nama individu dan didakwa bukannya sebuah organisasi atau pihak mempunyai kuasa untuk mengutip bayaran parking.

“Why we have to pay to you” (kenapa kami perlu bayar pada awak), kenapa kena bayar, korang ni siapa? I’m not paying (saya tak nak bayar),” kata wanita tersebut pada rakaman video.