KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memastikan kematian pelajar Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal di sebuah sekolah di Yong Peng kelmarin, tidak berlalu begitu sahaja.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, KPM akan mengambil langkah sewajarnya berhubung kejadian yang berlaku.
“Hari ini seorang anak kita telah meninggal dunia. Kita tidak boleh mengembalikan anak ini kepada keluarganya. Tetapi kita boleh memastikan kematiannya tidak berlalu begitu sahaja.
“PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan menjalankan tugas PDRM, KPM akan menjalankan tugas KPM. Yang berada dalam tanggungjawab kita, kita periksa, kita baiki. Kalau SOP (prosedur operasi standard) tidak dipatuhi, kita ambil tindakan. Kalau ada kecuaian, mesti ada pertanggungjawaban,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.










