KUALA LUMPUR - Bedah siasat terhadap mayat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, pelajar sekolah menengah yang dipercayai dibunuh pada Sabtu lepas mendapati punca kematian akibat trauma tumpul di kepala (blunt trauma to the head).Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, bedah siasat terhadap mangsa dijalankan semalam oleh pakar patologi dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat."Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun telah ditangkap pada Sabtu lepas dan permohonan reman dibenarkan selama enam hari sehingga 9 Oktober bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Kumar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh."Pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan kes itu.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariIrene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspek"Polis turut memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional tanpa sebarang elemen cover-up atau melindungi mana-mana pihak," katanya.Menurutnya, motif dan punca kejadian masih dalam siasatan."Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau mengulas insiden ini sama ada secara lisan atau melalui media sosial yang berpotensi mengganggu proses siasatan."Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu atau mana-mana pihak yang sengaja memanipulasi fakta atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan bagi maksud menyebabkan ketakutan, kegentaran dan kegusaran kepada awam," tegasnya.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang remaja lelaki berumur 16 tahun yang juga rakan sekelas mangsa direman enam hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes kematian Irene Sofiya yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di dewan sebuah sekolah menengah di Yong Peng.Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata suspek ditahan kira-kira 7 malam tadi di sekitar Yong Peng, kira-kira sejam selepas polis menerima maklumat tentang kejadian berkenaan daripada orang awam pada kira-kira 5.50 petang.
Pelajar dibunuh: Punca kematian Irene Sofiya akibat trauma tumpul pada kepala - Polis

Key takeaways
A 16-year-old student, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, died from blunt trauma to the head. A 16-year-old boy was arrested and remanded for six days to assist with the investigation.
- A post-mortem examination was conducted by a forensic pathologist from Hospital Sultanah Nora Ismail.
- The police are investigating under Section 302 of the Penal Code for murder.
- The school and the Ministry of Education are cooperating with the police in the investigation.
- The police have assured that the investigation will be thorough and transparent.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Pelajar dibunuh: Punca kematian Irene Sofiya akibat trauma tumpul pada kepala - Polis (this story)
- Free Malaysia Today Punca kematian pelajar akibat dipukul objek tumpul di kepala








