HARIMAU Malaya akhirnya menamatkan badi tanpa kemenangan 12 tahun ke atas Vietnam apabila menewaskan pasukan itu 1-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada Isnin.Kemenangan itu cukup bermakna buat skuad negara apabila ia bukan sahaja memastikan Harimau Malaya menutup kempen kejohanan di tempat ketiga, malah turut menamatkan penantian panjang untuk menewaskan Vietnam.Kali terakhir Harimau Malaya menundukkan Vietnam adalah pada 11 Disember 2014 menerusi aksi Piala AFF sebelum kedua-dua pasukan bertemu beberapa kali selepas itu, namun kemenangan tidak berpihak kepada skuad negara.Dalam perlawanan tersebut, pengendali interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe melakukan beberapa perubahan pada kesebelasan utama terutama di benteng pertahanan dengan Ubaidullah Shamsul Fazili dan Harith Haiqal dipertaruhkan.Pemain sayap sensasi negara, Arif Aiman Hanapi turut direhatkan dalam pertemuan itu selepas memainkan peranan penting dalam tiga perlawanan sebelum ini.Selepas babak pertama berakhir tanpa jaringan, Cheng Hoe kemudian membuat percaturan dengan memasukkan Fergus Tierney bagi menggantikan Bergson da Silva.Pertukaran itu ternyata membuahkan hasil apabila Tierney membalas kepercayaan diberikan kepadanya dengan meledak gol kemenangan pada minit ke-62.Tierney melepaskan rembatan dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol Vietnam untuk meletakkan Malaysia di hadapan 1-0.Gol berkenaan menyuntik keyakinan kepada skuad negara yang kemudiannya lebih tersusun dalam mengawal permainan sambil memastikan Vietnam tidak memperoleh peluang terbaik untuk kembali menyamakan kedudukan.
12 tahun menanti, Harimau Malaya akhirnya tewaskan Vietnam

Key takeaways
Malaysia won 1-0 against Vietnam in a match to determine the third place in the ASEAN FIFA Cup at the Gelora Bung Karno Stadium in Jakarta.
- Malaysia ended a 12-year winless streak against Vietnam.
- The match was played at the Gelora Bung Karno Stadium in Jakarta.
- Malaysia's interim coach Tan Cheng Hoe made changes to the starting lineup, including replacing Bergson da Silva with Fergus Tierney.
- Fergus Tierney scored the winning goal in the 62nd minute with a shot from outside the penalty box.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian 12 tahun menanti, Harimau Malaya akhirnya tewaskan Vietnam (this story)
- Utusan Malaysia Piala ASEAN FIFA: Harimau Malaya kebal, tewaskan Vietnam 1-0
- Berita Harian Harimau Malaya tamatkan badi 12 tahun berdepan Vietnam
- Harian Metro PM ucap tahniah Harimau Malaya tewaskan Vietnam








