mohdsyazwan@hmetro.com.my

Jakarta: Kemenangan ke atas Vietnam bukan sekadar menghadiahkan tempat ketiga buat Harimau Malaya dalam Piala ASEAN FIFA 2026, malah menjadi penutup kempen yang cukup bermakna selepas skuad negara menamatkan saingan tanpa kalah dan bolos.

Pengendali sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil semangat kebersamaan semua pihak selain merakamkan penghargaan kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan kepada pasukan negara.

Cheng Hoe turut memuji persembahan barisan pemain yang disifatkannya beraksi dengan cukup baik dan hebat ketika menundukkan Vietnam 1-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), hari ini.