KUALA LUMPUR: Kerajaan Nepal memberikan kerjasama penuh kepada Malaysia bagi mengesan dan menentukan nasib 54 rakyat Malaysia yang masih hilang, susulan bencana banjir glasier di negara itu pada 26 Ogos lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu dipersetujui Perdana Menteri Nepal, Balendra Shah, menerusi perbincangan mereka baru-baru ini.

Beliau berkata, Shah bersedia memudahkan usaha bagi memberikan kepastian kepada keluarga mengenai nasib ahli keluarga mereka yang masih belum ditemui.

"Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri (Nepal) dan beliau bersedia memberikan segala kerjasama. Kita sudah minta Peguam Negara (Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar) untuk mengambil tindak lanjut perkara ini.