KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Nepal Balendra Shah memberi jaminan bahawa kerajaan negara itu akan memberikan segala kerjasama diperlukan bagi memudahkan proses pengesahan status 54 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan susulan banjir besar di negara berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jaminan tersebut disampaikan Shah kepada beliau dalam perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin itu baru-baru ini.

Anwar berkata, beliau telah mengarahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar supaya segera mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkuasa Nepal.

“Mereka mempunyai undang-undang mereka, manakala undang-undang kita menetapkan tempoh enam hingga tujuh tahun (berhubung status undang-undang rakyat Malaysia yang masih hilang). Di sana tempohnya tiga tahun, tetapi kita masih boleh membuat permohonan kepada mahkamah.