KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Nepal, Balendra Shah memberi jaminan bahawa kerajaan negara itu akan memberikan segala kerjasama diperlukan bagi memudahkan proses pengesahan status 54 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan susulan banjir besar di negara berkenaan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jaminan tersebut disampaikan Balendra Shah kepada beliau dalam perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin itu baru-baru ini.Anwar berkata, beliau telah mengarahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar supaya segera mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkuasa Nepal."Mereka mempunyai undang-undang mereka, manakala undang-undang kita menetapkan tempoh enam hingga tujuh tahun (berhubung status undang-undang rakyat Malaysia yang masih hilang). Di sana tempohnya tiga tahun, tetapi kita masih boleh membuat permohonan kepada mahkamah."Balendra Shah memberi jaminan kepada saya bahawa beliau akan memberikan segala kerjasama diperlukan untuk memudahkan (proses) supaya keluarga terbabit dapat mendapat maklumat secepat mungkin," katanya ketika ditanya mengenai perkembangan terkini rakyat Malaysia yang hilang dalam bencana itu di Nepal.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Kuarters Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi di sini pada Jumaat.Bencana banjir dan aliran puing pada 26 Ogos lepas, yang dicetuskan oleh runtuhan ais glasier dan batuan di kawasan tadahan hulu Lhende Khola di Tibet, setakat ini meragut 1,451 nyawa. Kira-kira 5,700 individu termasuk lebih 600 warga asing masih dilaporkan hilang.- Bernama