am@hmetro.com.my
Sik: Tiga beranak terselamat selepas rumah dihuni mereka dirempuh lori muatan dedak makanan haiwan yang hilang kawalan di Kampung Betong, Jeneri di sini, hari ini.
Nor Amirah Mohd Latif, 38, berkata, ketika kejadian pada 12.45 tengah hari itu, dia berada tengah rumah dan sedang menghidangkan makanan untuk makan bersama anak, Afiyah Haura, 5, dan suami, Herman Abd Samad, 43.
"Selepas menghidang makanan di atas meja, tiba-tiba anak hendak muntah dan kami keluar ke pintu dapur. Suami ketika itu di hadapan rumah. Tidak lama selepas itu terdengar bunyi dentuman.
"Bunyinya sangat kuat, ingatkan gempa bumi. Saya kemudian nampak sebuah lori merempuh masuk rumah hingga ke dapur, berhampiran meja makan yang sudah siap terhidang nasi serta lauk tengah hari, " katanya ketika dihubungi, hari ini.








