Bandar Permaisuri: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan dan terjatuh ke dalam cerun di Jalan Kampung Sungai Bari, Setiu awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Setiu Superintendan Zahril Asri Mohd Zain berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa Mohd Nazri Ibrahim, 49, dari Kampung Sungai Bari di sini, sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Batu 29 menuju ke Kampung Langkap.
"Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan ke sebelah kiri sebelum melanggar penghadang jalan dan terjatuh ke cerun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.








