KUALA LUMPUR: Pelumba Formula Satu (F1), Valtteri Bottas mencuri perhatian apabila dikatakan mengayuh basikal menuju ke Singapura selepas Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.
Seakan melupakan tempoh rehat di hotel, sebaliknya pelumba Cadillac itu lebih memilih untuk mengayuh basikal merentasi laluan gelap ladang kelapa sawit pada waktu malam.
Tindakan Bottas mendapat perhatian pengguna media sosial dengan laman Facebook, Autosport turut berkongsi gambar mengenai aktiviti kayuhan yang dilakukan pelumba dari Finland itu.
"Valtteri Bottas kini sedang berbasikal sejauh 350 kilometer dari Sepang ke Singapura untuk menghadiri Grand Prix seterusnya," tulis laman berkenaan.








