H: Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen risiko bertambah baik

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi pada 5 Oktorber seiring pasaran serantau yang positif, susulan selera risiko bertambah baik berikutan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah, sekali gus mengurangkan jangkaan kenaikan kadar faedah lanjut oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) dan meredakan tekanan terhadap hasil bon.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.88 mata kepada 1,631.75 berbanding 1,630.87 pada penutupan Jumaat lalu.

Indeks penanda aras itu dibuka 2.55 mata lebih tinggi pada 1,633.42 dan bergerak antara paras 1,630.95 hingga 1,640.46 sepanjang sesi dagangan.

Bagaimanapun, di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 599 berbanding 564, manakala 523 kaunter tidak berubah, 1,087 tidak diniagakan dan 24 kaunter digantung.