KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan meningkat berbanding sebahagian besar mata wang ASEAN, namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan terhadap kedudukan kewangan awam Perancis selepas pasaran bonnya mencatat jualan ketara, minggu lalu.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.0845/0890 daripada 4.0820/0870 yang dicatatkan pada Jumaat lalu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus meraih momentum susulan sentimen mengelak risiko berterusan ketika kebimbangan terhadap kedudukan kewangan awam serta pergolakan politik di negara Eropah pada masa ini.
"Mata wang euro merosot ke paras terendah dalam tempoh 17 bulan pada Isnin susulan laporan media mengenai pengumuman Sepanyol mengadakan pilihan raya mengejut pada 29 November depan.








