JAKARTA: Vietnam menguasai sebahagian besar permainan pada separuh masa pertama aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 menentang Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), di sini, sebentar tadi.
Skuad Naga Emas kendalian Kim Sang-sik lebih agresif mengatur serangan ke kubu Harimau Malaya bagi mencari gol pembukaan, sekali gus memaksa barisan pertahanan Malaysia bekerja keras mengekang asakan lawan.
Ketiadaan tonggak pertahanan Brad Tapp dan Dion Cools selain Arif Aiman Hanapi yang hanya berada di bangku simpanan turut menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe agak bergelut untuk membina serangan dan menembusi benteng Vietnam.
Vietnam terlebih dahulu menguji gawang Malaysia seawal minit ketiga menerusi pemain nombor 11, Williams Minh Hoang, namun percubaannya tersasar.








