PETALING JAYA: Rakyat Malaysia perlu menunggu sehingga 8 November depan untuk menikmati cuti umum seterusnya selepas tiada cuti umum ditetapkan sepanjang Oktober ini.

Keadaan itu menjadikan Oktober sebagai antara bulan yang panjang bagi pekerja dan pelajar kerana tiada cuti umum persekutuan sepanjang bulan berkenaan.

Berdasarkan kalendar cuti umum 2026, cuti umum terakhir sebelum November adalah pada 16 September lalu, manakala cuti umum seterusnya ialah pada 8 November.

Tarikh berkenaan merupakan sambutan Deepavali, yang memberikan peluang kepada rakyat menikmati cuti selepas melalui hampir sebulan tanpa cuti umum.

Ketiadaan cuti umum pada Oktober juga bermakna kebanyakan pekerja perlu menjalani rutin bekerja seperti biasa sepanjang bulan berkenaan, kecuali mereka yang mengambil cuti tahunan atau menikmati cuti negeri tertentu.