sukan@hmetro.com.my
Sepang: Pingat perak Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 menjadi pembakar semangat buat gandingan padel lelaki negara, Christian Didier Chin-Aidan Yunus untuk memburu emas pada Sukan SEA 2027.
Menurut Aidan, mereka kini lebih dahagakan kejayaan selepas terlepas peluang untuk membawa pulang emas pada penampilan sulung di pentas Sukan Asia dan mahu menebus kekecewaan itu di halaman sendiri tahun hadapan.
"Lepas ini, kerana tidak dapat emas, Sukan SEA 2027 menjadi sasaran kami. Sasaran adalah emas untuk Malaysia.
"Kami kini dahagakan lebih banyak kejayaan. Kami akan kembali menjalani latihan dan bekerja keras supaya apabila Sukan SEA tiba tahun depan, kami benar-benar bersedia untuk merebut emas," katanya yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.








