NAGOYA: Pemain padel negara, Christian Didier Chin dan gandingannya Aidan Yunus mempamerkan semangat juang luar biasa untuk meneruskan langkah mereka dalam acara beregu lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya.
Gandingan pilihan ketiga itu bangkit daripada ketinggalan satu set untuk mengejutkan pilihan kedua, Farsad Shahi-Amirmohammad Jamshidi dari Iran, 1-6, 6-4, 6-1 pada separuh akhir di Pusat Sukan Nagoya City Higashi, hari ini.
Aidan berkata mereka mula benar-benar percaya kepada kemampuan diri bermula pada set kedua.
"Dari segi mental, memang sukar buat kami selepas ketinggalan 1-6 pada set pertama. Kami tidak bermula seperti yang diharapkan," kata Aidan.
"Kami mahu keluar dan mendahului lebih awal tetapi selepas ketinggalan 1-6, kami benar-benar perlu mengingatkan diri untuk terus bertahan.






