am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Selepas setahun tidak berjumpa dengan anak tunggal yang dijaga oleh bekas isteri, Mohamad Sanuzi Mohd Nawi dikejutkan dengan pemergian kanak-kanak perempuan itu dalam kemalangan jalan raya.

Safiyya Haura, 3, maut bersama ibunya, Tuan Shazrin Tuan Mud, 40, dan dua individu lain dalam nahas di Kilometer 38.5, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran kawasan Tasik Banding, Gerik, Perak, tengah hari semalam.

Mohamad Sanuzi, 33, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada pihak Hospital Taiping, pada 8 malam hari kejadian memaklumkan anak dan bekas isterinya meninggal dunia.

"Saya kelu dan tidak mampu berfikir apa-apa ketika menerima berita itu kerana (sebelum ini) sangat menantikan detik untuk berjumpa Safiyya selepas setahun tidak bersua disebabkan dia dijaga bekas isteri yang menetap di Perak.