KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai terjatuh dari sebuah blok pangsapuri di Taman Bukit Segar, Batu 9 Cheras, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.46 petang.
Katanya, berikutan itu sepasukan pegawai bersama Unit Forensik digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut.
"Hasil pemeriksaan awal mendapati, mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan.
Naazron berkata, mangsa seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an, dipercayai tinggal di sebuah unit di tingkat tujuh blok berkenaan.






