PETALING JAYA: Fergus Tierney muncul wira Harimau Malaya apabila jaringan tunggalnya memastikan kemenangan 1-0 ke atas Vietnam dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), sebentar tadi.

Gol yang dihasilkan pemain gantian itu bukan sahaja menghadiahkan kedudukan ketiga buat Malaysia, malah melengkapkan kempen tanpa kalah skuad kebangsaan sepanjang kejohanan berkenaan.

Turun dengan misi menutup saingan dengan keputusan positif, kedua-dua pasukan melakukan beberapa rombakan dalam kesebelasan utama berbanding perlawanan terdahulu.

KESEBELASAN Utama Harimau Malaya ketika menentang Vietnam di Piala ASEAN FIFA 2026.

Malaysia dan Vietnam saling menguji kekuatan sejak wisel permulaan, namun kedua-dua pasukan gagal mencari sentuhan penyudah untuk memecahkan kebuntuan pada babak pertama.