PETALING JAYA – Harimau Malaya akhirnya menamatkan badi 12 tahun ke atas Vietnam apabila menewaskan seteru, Vietnam 1-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Kemenangan itu bukan sahaja menghadiahkan pingat gangsa buat skuad negara, malah menjadi noktah kepada penantian panjang Malaysia untuk menumbangkan Vietnam dalam pertemuan kompetitif antarabangsa.

Pada perlawanan itu, Malaysia sebenarnya mempunyai peluang untuk membuka jaringan lebih awal menerusi Bergson da Silva, namun penjaga gol Vietnam tampil cemerlang menafikan percubaan penyerang naturalisasi itu pada minit ketiga dan ke-35.

Bergson sekali lagi cuba mencipta ancaman selepas rehat, namun percubaannya pada minit ke-59 gagal menemui sasaran sebelum digantikan Tierney seminit kemudian.