JAKARTA – Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dilaporkan meninggal dunia selepas didera oleh ayah kandungnya sendiri di Kampung Lio, Jakarta Timur, dalam kejadian yang bermotifkan cemburu, lapor laman berita Kumparan.
Kes itu pada mulanya dilaporkan sebagai kes penderaan oleh bapa tiri mangsa.
Bagaimanapun, polis kemudian membuat pembetulan maklumat dan mengesahkan bahawa suspek yang dikenali sebagai RPP ialah ayah kandung mangsa.
Pasangan suami isteri itu dilaporkan berkahwin mengikut syarak tanpa pendaftaran rasmi kerajaan.
Insiden itu berlaku pagi Jumaat lalu. Ketika kejadian, ibu bayi keluar bekerja, meninggalkan suspek dan mangsa di rumah sewa mereka.









