KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 13 Oktober bagi mendengar permohonan Perikatan Nasional (PN) untuk mendapat kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar perintah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu.
Perkara itu disahkan dimaklumkan peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang juga Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) ketika dihubungi hari ini.
Menurut peguam itu prosiding pendengaran tersebut dijadual akan didengar di hadapan Hakim Datuk Azizan Md. Arshad.
Terdahulu pada sidang media di Parlimen, PN hari ini mengesahkan telah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan RoS yang mengeluarkan notis berhubung cadangan pembatalan pendaftaran dan perintah penggantungan semua aktiviti gabungan itu.








/file/attachments/orphans/FootballAssociationofMalaysia1_867551.png)
