austin@nst.com.my
Kuala Lumpur: Pihak sekolah diingatkan supaya tidak menyembunyikan sebarang insiden semata-mata mahu menjaga reputasi institusi masing-masing, tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.
Beliau berkata, kerjasama erat antara polis dan pihak sekolah adalah sangat penting bagi memastikan setiap kejadian membabitkan pelajar dapat segera dibawa ke perhatian pihak berkuasa.
"Kadang-kala mungkin terdapat tindakan oleh pihak tertentu untuk menyembunyikan isu bagi melindungi reputasi pihak tertentu.
"Tetapi saya percaya jika kita memperkukuh dan meningkatkan hubungan ini ia dapat membantu kita menyelesaikan masalah," katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.








