KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) khuatir gabungan itu tidak dapat bertanding menggunakan nama dan simbol atau logo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Perkara itu dinyatakan dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bagi mencabar perintah penggantungan semua kegiatan gabungan itu serta notis yang membuka ruang kepada pembatalan pendaftarannya.Permohonan berkenaan difailkan lima pemimpin parti komponen PN, diketuai Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku pemohon pertama.Pemohon lain ialah Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen; Setiausaha Agung Malaysian Indian People's Party, N Sathes Kumar; Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Sri Saifuddin Abdullah; dan Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanahair, Datuk Sazmi Miah.Mereka memfailkan permohonan berkenaan dengan menamakan Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai responden.Berdasarkan dokumen yang diperoleh, PN mendakwa, jika perintah penggantungan kegiatan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak ditangguhkan atau dibatalkan sebelum hari penamaan calon, ia akan menjejaskan penyertaan gabungan itu pada PRN berkenaan.Berdasarkan sijil perakuan segera yang difailkan bersama permohonan itu, PN turut mendakwa perintah penggantungan menghalang gabungan tersebut menjalankan kegiatan politik seperti biasa, termasuk memberi kuasa kepada calon untuk bertanding menggunakan nama dan logo PN."Sebarang keputusan mahkamah selepas hari penamaan calon akan bersifat sudah terlambat kerana peluang untuk meletakkan wakil di bawah nama dan logo gabungan itu tidak lagi dapat dikembalikan."PN turut memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya dijadualkan bermesyuarat Rabu ini bagi menetapkan tarikh writ pilihan raya, penamaan calon dan pengundian PRN Melaka ke-16," menurut permohonan itu.PN mendakwa jika penggantungan kekal sehingga hari penamaan calon, tiada pegawai yang diberi kuasa boleh menandatangani dokumen diperlukan bagi membolehkan calon bertanding atas nama dan logo parti.Susulan itu, pemohon memohon perintah certiorari bagi membatalkan perintah penggantungan bertarikh 23 September 2026 yang dibuat di bawah subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966, yang menggantung semua aktiviti PN kecuali bagi tujuan menjawab notis pembatalan pendaftaran.Mereka turut mencabar notis bertarikh 22 September 2026 di bawah subseksyen 13(2) akta sama yang menyatakan niat untuk membatalkan pendaftaran PN selepas tempoh 30 hari.Menurut permohonan itu, notis berkenaan didakwa dikeluarkan atas alasan PN dengan sengaja melanggar Fasal 7.1 Perlembagaan PN kerana gagal memanggil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), selaku parti anggota yang sah, ke mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu.Gabungan itu mendakwa RoS tidak mempunyai kuasa menentukan sama ada Bersatu masih menjadi anggota parti, sebaliknya perkara itu sepatutnya diputuskan mengikut Perlembagaan PN.Selain itu, pemohon mendakwa penggantungan semua aktiviti PN sebagai tidak munasabah, terutama menjelang PRN Melaka.PN turut memohon supaya pelaksanaan perintah penggantungan itu ditangguhkan sementara menunggu keputusan akhir permohonan semakan kehakiman.Pemohon juga memohon RoS membekalkan salinan aduan Bersatu, komunikasi berkaitan serta semua dokumen, rekod dan bahan yang dipertimbangkan dalam membuat notis dan perintah penggantungan itu.Sebelum ini, RoS menjelaskan notis bertarikh 22 September itu bukan keputusan pembatalan pendaftaran PN, sebaliknya memberi ruang kepada gabungan berkenaan menjelaskan aduan yang dikemukakan Bersatu.Pada September lalu, RoS menggantung semua kegiatan PN berkuat kuasa 23 September di bawah subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.RoS berkata, perintah penggantungan dibuat bagi menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan pertubuhannya.Mahkamah Tinggi menetapkan 13 Oktober untuk mendengar permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman itu, di hadapan Hakim, Datuk Azizan Md Arshad.
PN mahu penggantungan RoS dibatal, bimbang tidak dapat guna logo tanding PRN Melaka

Key takeaways
Perikatan Nasional (PN) mengemukakan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan perintah penggantungan kegiatan mereka oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
- PN mengemukakan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
- PN takut tidak dapat menggunakan nama dan logo mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
- PN mendakwa RoS tidak mempunyai kuasa menentukan status Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai anggota PN.
- Perintah penggantungan PN dijadualkan dilaksanakan pada 23 September 2022.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Penggantungan PN: Peluang kukuhkan hubungan PAS-UMNO
- Sinar Harian PN mahu penggantungan RoS dibatal, bimbang tidak dapat guna logo tanding PRN Melaka (this story)
- Berita Harian PRN Melaka: PN bimbang tak boleh bertanding








