KUALA LUMPUR – ESD Global Sdn Bhd (ESD Global) pengeluar produk kecantikan, penjagaan diri dan gaya hidup yang telah berada di pasaran sejak lima tahun lalu dan berjaya menembusi pasaran Indonesia, kini melangkah ke dalam pembuatan minuman kopi untuk memberi pilihan yang pelbagai kepada penggunanya.
Pengurus Pemasarannya, Nurul Hidayah Hariri berkata, produk terbaharu syarikat, Anggun Singset Koffee telah mula berada di pasaran sejak bulan September dan mencatat jualan yang menggalakkan.
Menurut beliau, produk tersebut memiliki dua perisa iaitu Latte dan Chocolate, dapat memenuhi selera penggunanya dengan harga jualan RM39.90 sekotak.
Jelasnya, pengenalan Anggun Singset Koffee merupakan satu lagi langkah penting buat syarikat dalam usaha mengembangkan rangkaian produk untuk memenuhi keperluan pengguna masa kini.










