news@nst.com.my
Kuala Lumpur: Kerajaan digesa mempertimbangkan pengambilan doktor warga asing sebagai penyelesaian sementara bagi menangani masalah kekurangan tenaga kerja kesihatan yang kritikal di Sabah dan Sarawak.
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii berkata, kadar pegawai perubatan yang gagal melapor diri untuk jawatan tetap meningkat mendadak daripada dua peratus pada 2022 kepada 20 peratus pada 2023.
Katanya, angka itu terus melonjak kepada kira-kira 40 peratus pada 2025, manakala penempatan di hospital Sabah bulan ini mencatatkan kegagalan melapor diri sebanyak 66 peratus.
"Sebagai langkah jangka pendek, adakah kerajaan bersedia mengambil doktor warga asing, bermula dengan graduan antarabangsa yang kita latih sendiri di universiti perubatan tempatan, berserta jaminan keselamatan pesakit yang sewajarnya?








