KOTA BHARU: Lebih 1,000 ibu tunggal, wanita warga emas dan balu di Kelantan, dipercayai menjadi mangsa apabila nama mereka disalahgunakan warga asing untuk mendaftar kenderaan sejak 2025.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata warga asing memanipulasi golongan itu dengan menjanjikan perkahwinan atau menawarkan peluang perniagaan.
Katanya, warga asing menetapkan syarat supaya kereta atau motosikal didaftarkan atas nama mangsa wanita berkenaan, sebelum menggunakan kenderaan itu.
"Ini taktik baharu yang boleh saya sahkan sudah dikesan, iaitu warga asing menggunakan wanita warga emas, ibu tunggal, balu dan golongan lebih berusia dengan menjanjikan untuk berkahwin atau menawarkan peluang perniagaan.







/file/attachments/orphans/564434453_706873.png)
