WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) semalam menahan wanita dari California dan mendakwa beliau mengintip anak lelaki Presiden Taiwan atas arahan pegawai China, kata Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Menurut kenyataan agensi itu, FBI menahan Wanying Zhang yang juga dikenali sebagai Heather, di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles semalam sebelum beliau berlepas ke China.
Zhang, 34, dari Irvine, California, didakwa bertindak sebagai ejen asing yang tidak berdaftar.
FBI berkata, Zhang melakukan pengawasan terhadap seorang anak lelaki Presiden Taiwan, Lai Ching-te.
Agensi itu tidak mendedahkan identiti sasaran berkenaan secara langsung, namun kemudian berkongsi laporan New York Post yang mengenal pasti individu itu sebagai Lai Ting-yu yang juga penduduk AS.









