aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Olahraga Malaysia (MA) akan melakukan kajian menyeluruh terhadap pencapaian skuad olahraga negara pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas kempen kali ini berakhir dengan noktah mengecewakan.

Setiausaha Agung MA, Nurhayati Karim berkata, proses bedah siasat berkenaan akan dilakukan secara komprehensif dengan membabitkan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN), selain mendapatkan pandangan rakan strategik serta panel bebas.

Menurutnya, kajian berkenaan menjadi antara langkah awal MA untuk memperkemas persiapan skuad olahraga negara menghadapi Sukan SEA tahun depan, selain merangka pelan pembangunan jangka panjang.

"Kita bukan mencari salah sesiapa. Beban ini adalah sesuatu yang perlu dikongsi bersama dan kita perlu melihat secara menyeluruh apa yang berlaku.