PUTRAJAYA - Aplikasi MyJPJ akan terus diperkasa dengan lebih banyak ciri dan penambahbaikan dijangka diperkenalkan mulai November ini bagi menggalakkan lebih ramai pengguna berurusan secara terus dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah berkenaan merupakan sebahagian usaha berterusan kementeriannya untuk mentransformasikan perkhidmatan JPJ dan mengurangkan kebergantungan pengguna kepada ejen pemungut hasil pihak ketiga."Kami sedang memperkasakan semula MyJPJ, jadi akhirnya kita berharap perkhidmatan akan lebih terbuka kepada semua pengguna, termasuk warga asing," katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin.Menurutnya, transaksi melalui MyJPJ kini menunjukkan peningkatan yang pesat dan usaha menambah baik aplikasi itu akan diteruskan."Jadi sebab itu kita terus mengemas kini dan terus menambah baik MyJPJ," jelas beliau.Anthony berkata, antara usaha yang sedang dilakukan termasuk memperkenalkan lebih banyak ciri baharu serta meningkatkan aspek keselamatan aplikasi berkenaan."Memang kita menggalakkan MyJPJ ini diperkasakan lagi dan tambahan ciri, ciri-ciri lebih baik dan ciri-ciri keselamatan juga perlu diambil kira, maka kita berharap ke arah satu perkhidmatan aplikasi MyJPJ yang lebih baik," katanya.Dalam pada itu, Anthony berkata, kira-kira 20 peratus pengguna masih menggunakan khidmat ejen pemungut hasil seperti MyEG.Katanya, ejen berkenaan masih diperlukan buat masa ini kerana terdapat pengguna yang belum beralih kepada saluran digital JPJ, selain keperluan perkhidmatan di kawasan luar bandar."Untuk berbuat demikian, kita perlu membuat persediaan. Sebab itu ejen ini masih diperlukan dan kementerian masih membenarkan ejen pemungut hasil," katanya.Anthony berkata, kerajaan bagaimanapun bergerak secara berperingkat ke arah meningkatkan penggunaan saluran terus JPJ."Sejak saya mengambil alih tahun 2022, beberapa langkah telah pun diambil untuk membuka dan memecahkan monopoli," katanya.Beliau memberi contoh ujian teori KPP01 yang sebelum ini hanya dilaksanakan melalui pusat ujian komputer MyEG.Menurutnya, kerajaan telah membuka perkhidmatan itu kepada institut memandu lain sehingga kini terdapat 85 institut memandu yang boleh melaksanakan ujian teori berkomputer.Langkah itu, katanya, membolehkan kerajaan mengambil tindakan terhadap mana-mana penyedia perkhidmatan tanpa menyebabkan pengguna kehilangan akses kepada perkhidmatan berkenaan."Kalau saya gantung, semua orang tak boleh pergi ambil ujian teori. Tetapi oleh kerana langkah yang telah diambil untuk membuka pasaran, untuk membuka perkhidmatan ini kepada lebih ramai syarikat, dan hari ini di mana-mana institut memandu, ada 85 institut memandu, mereka boleh terus mengambil ujian teori di institut memandu tersebut," katanya.
MyJPJ diperkasa, lebih banyak ciri diperkenal November - Anthony Loke

Key takeaways
MyJPJ will be enhanced with more features and improvements starting in November to encourage more users to deal directly with the Road Transport Department (JPJ).
- MyJPJ will be enhanced with more features and improvements starting in November.
- 20% of users still use third-party service providers like MyEG.
- JPJ is opening up services to other driving schools, with 85 schools currently able to conduct computer-based theory tests.
- The government is gradually increasing the use of JPJ's direct services.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian MyJPJ diperkasa, lebih banyak ciri diperkenal November - Anthony Loke (this story)








