Kuala Lumpur: Kerajaan wajar menyediakan insentif dalam bentuk kredit dan pengecualian cukai kepada syarikat berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan, serta menyokong pengembangan pusat data bagi menarik lebih banyak pelaburan teknologi AI ke Malaysia.
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pandai Education Sdn Bhd (Pandai), Khairul Anwar Mohamad Zaki hari ini berkata insentif ini, jika dimasukkan dalam Belanjawan 2027 akan mempercepatkan penggunaan AI.
Beliau juga menyatakan bahawa penekanan yang lebih besar perlu diberikan kepada pembangunan bakat dan modal insan bagi membantu syarikat tempatan mendapatkan pekerja mahir, khususnya dalam bidang teknologi dan AI.






