Masiung Banah berkata kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) perlu bersaing dengan tawaran gaji dan peluang kerjaya yang ditawarkan negara maju jika mahu mengekalkan doktor tempatan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat Sabah berharap isu kekurangan doktor dan pakar yang didakwanya semakin meruncing diberi perhatian dalam Belanjawan 2027.

Adun Kuamut Masiung Banah mendakwa masalah kekurangan doktor dilihat semakin serius dengan nisbah bagi seorang doktor telah mencecah bagi setiap 400 populasi penduduk.

Masiung Banah
Masiung Banah.

Beliau menekankan itu berkenaan memerlukan penstrukturan semula terhadap tawaran kerjaya dalam perkhidmatan kesihatan awam yang diharapkan mendapat perhatian pada Belanjawan 2027 bakal dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 9 Okt depan.