Putrajaya: Mahasiswa dan institusi pengajian tinggi antara yang akan diberi perhatian utama dalam Belanjawan 2027 yang sedang dimuktamadkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Belanjawan 2027 merangkumi pelbagai sektor dan kelompok masyarakat termasuk petani, nelayan, Orang Asli serta bidang teknologi dan kecerdasan buatan (AI).

"Insya-Allah, tentunya mahasiswa dan universiti juga tergolong dalam (belanjawan) itu. Mudah-mudahan saya dapat sampaikan apa yang mampu dalam keterbatasan yang ada," kata beliau ketika berucap pada Majlis Anugerah Tokoh Siswa Negara di sini malam ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, timbalannya Adam Adli Abd Halim serta Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Dr Aminuddin Hassim.