kartika@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Malaysia), berharap Belanjawan 2027 memberi tumpuan kepada pengurangan kesan kumulatif kos menjalankan perniagaan, selain memperkukuh pelaburan langsung domestik (DDI) dan memastikan lebih banyak manfaat pelaburan asing mengalir kepada syarikat tempatan.
Presiden Kebangsaanya, Dr Chin Chee Seong berkata, kerajaan perlu melihat kesan keseluruhan pelbagai dasar terhadap PKS kerana peningkatan kos buruh, utiliti, pembiayaan, cukai jualan dan perkhidmatan (SST), e-Invois, pelesenan dan pematuhan berlaku secara serentak.
Katanya, setiap perubahan mungkin boleh ditangani secara berasingan, namun kesannya boleh menjadi lebih berat apabila ditanggung PKS pada masa sama.






