Ketua DAP Negeri Sembilan J Arul Kumar berkata menteri besar tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil alih peranan exco untuk meluluskan belanjawan negeri, kecuali ketika darurat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketiadaan barisan exco di Negeri Sembilan boleh menyebabkan Belanjawan 2027 negeri itu tergendala, kata Ketua DAP Negeri Sembilan J Arul Kumar.

Arul yang juga Adun Nilai berkata kebimbangan utama adalah bagaimana proses belanjawan akan diteruskan apabila tiba peringkat penting yang memerlukan kelulusan exco.

“Bagaimana belanjawan hendak diluluskan dan dibawa ke DUN jika tiada mesyuarat exco?

“Jika tiada belanjawan yang diluluskan, bagaimana kerajaan negeri hendak membayar gaji, bil utiliti dan perbelanjaan lain?” soal Arul, yang menganggotai exco negeri dari 2018 hingga 2026.