BENTONG - Sebanyak 130,307 penagih dadah direkodkan di negara ini setakat Jun lepas, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Beliau berkata, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis mencatatkan trend penggunaan dan penyalahgunaan dadah yang membimbangkan kerana melebihi nisbah nasional, iaitu 381 kes bagi setiap 100,000 penduduk."Dalam 100,000 populasi, Terengganu mencatatkan 735 orang, Kelantan (694 orang), Kedah (669 orang) dan Perlis (646 orang), semuanya mengatasi nisbah nasional," katanya.Saifuddin Nasution berkata demikian pada sidang media Majlis Penyerahan Projek Siap bagi membina, meroboh serta menaik taraf Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karak di sini pada Isnin.Berdasarkan profil penagih, beliau berkata, golongan 15 hingga 39 tahun menjadi kumpulan paling ramai terlibat manakala dari segi tahap pendidikan majoritinya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah."Kalau kita kait dengan pekerjaan, angka paling tinggi adalah tidak bekerja diikuti bekerja sendiri dan ketiga bekerja swasta," katanya.Saifuddin Nasution berkata, dadah jenis amphetamine-type stimulant (ATS) atau dadah sintetik menjadi paling banyak digunakan penagih, meliputi 84 peratus berbanding dadah lain."Data ini bukan sekadar angka, ia menghantar isyarat tersendiri. Sebab itu saya anjurkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) supaya program yang dirancang dan polisi yang dibuat harus berasaskan data," katanya.Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) terbuka untuk mempergiat program kempen, kerjasama dan kolaborasi termasuk dengan kerajaan negeri dalam usaha menangani masalah itu."Usaha menangani masalah dadah memerlukan kemahuan politik yang kuat dan kerjasama daripada semua pihak kerana isu tersebut bukan sekadar masalah individu, sebaliknya sudah menjadi masalah negara," katanya.Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman. - Bernama
130,307 penagih dadah direkodkan setakat Jun - Saifuddin Nasution

Key takeaways
130,307 drug users were recorded in the country as of June, according to the Home Minister. Four states - Terengganu, Kelantan, Kedah, and Perlis - have higher drug use rates than the national average.
- 130,307 drug users were recorded in the country as of June.
- Four states - Terengganu, Kelantan, Kedah, and Perlis - have higher drug use rates than the national average.
- The majority of users are between 15 and 39 years old.
- Most users have a lower education level than SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian 130,307 penagih dadah direkodkan setakat Jun - Saifuddin Nasution (this story)








