KUALA LUMPUR: Zetrix AI Bhd sedang mengadakan rundingan bagi menyelesaikan isu penggantungan perkhidmatannya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berkuat kuasa hari ini.
Zetrix AI berkata, perkhidmatan berkaitan JPJ miliknya digantung mulai 5 Oktober 2026.
"Zetrix AI kini sedang mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan isu berkenaan dan akan membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat perkembangan material pada masa yang sesuai dan diperlukan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Makluman itu susulan notis JPJ dan laporan The Edge Malaysia bertarikh 2 Oktober 2026 yang dirujuk oleh kumpulan.
Sementara itu, saham Zetrix AI mengalami tekanan hebat dalam dagangan hari ini susulan penggantungan berkenaan.








