am@hmetro.com.my

Putrajaya: Keputusan menggantung perkhidmatan My EG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd, kedua-duanya di bawah kumpulan MYEG tidak menjejaskan penyampaian perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada rakyat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata urus niaga berkaitan terus tersedia menerusi saluran alternatif termasuk aplikasi MyJPJ, Portal Awam JPJ, kaunter dan kiosk JPJ serta saluran lain yang ditetapkan.

"Bagi pembayaran saman membabitkan bukan warganegara Malaysia, terutama di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura, JPJ menyediakan kemudahan pembayaran melalui kaunter bergerak JPJ di Kompleks Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan Iskandar, Johor, dari 8 pagi hingga 10 malam.