khairil.ashraf@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA) menyifatkan kejadian tragis melibatkan keganasan dan kehilangan nyawa dalam persekitaran sekolah kebelakangan ini perlu menjadi 'red alarm' atau amaran tahap merah kepada negara.
Presiden PSIMA, Prof Madya Dr Shazli Ezzat Ghazali berkata, semua pihak seharusnya tidak boleh melihat perkara itu sebagai isu disiplin sekolah semata-mata.
Sebaliknya, katanya, ia menuntut orang ramai menilai lebih kritikal ekosistem psikologi yang membentuk pemikiran, emosi dan tingkah laku anak-anak bermula dari rumah, sekolah, rakan sebaya, persekitaran digital sehingga masyarakat.
Menurutnya, data juga telah memberikan amaran dengan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 menunjukkan masalah kesihatan mental kanak-kanak berumur lima hingga 15 tahun meningkat daripada 7.9 peratus pada 2019 kepada 16.5 peratus pada 2023 iaitu lebih dua kali ganda atau kira-kira seorang daripada enam kanak-kanak.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/aa16b69409642838a87d5ec88eb05d82.jpg)
